Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada TUJUH perkara:

* Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara

Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: “Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu,

aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.”

* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia

dengan mengatakan : “Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita

masih muda atau sebagainya lagi.” Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan

mengatakan: “Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk

esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal

berlainan.”

* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan

kebaikan. Kata syaitan: “Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan

amalan-amalan lain.” Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: “Amal yang

sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.”

* Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik

secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan

mengatakan: “Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta’ala dan tidak ada manfaatnya beramal

kerana manusia (orang lain).”

* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: “Betapa tinggi

darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.” Mendengar

pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: “Semua keagungan dan kesempurnaan itu

hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik

kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar.

Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang

telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.”

* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini

lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan

menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia:

“Bersungguh-sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh

orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang

hamba Allah yang ikhlas.” Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan

penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk

memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya

dengan mengatakan: “Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan

merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan

memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan

Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya

itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain,

sebab itu bukan urusan manusia.”

* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia

mengatakan: “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat

kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak,

maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi

orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka,

maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.” Orang-orang yang

dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: “Aku hanyalah

hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan

berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap

bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk

memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan

tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku

masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana

melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan

firmanNya pasti benar.”

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati

dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka,

melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana

kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

“Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga.”

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu

banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan

perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta’ala agar terlindung dan

terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan

Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

“Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan

kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.”

http://hkulim.moh.gov.my

Advertisements

About Adistya

I'm a 22 years old girl. Just it. to be continue..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s